Friday, 18 May 2012
KURSUS LAB MINDA KEUSAHAWANAN 2012, SEASON VIEW HOTEL, KUANTAN.
Assalamualaikum semua, bersiaran secara langsung dari Season View Hotel, Pusat Keusahawanan sekarang sedang berkampung di sini bersama 60 pelajar UniSZA sempena program Kursus Lab Minda Keusahawanan yang diadakan bermula 17-19 Mei 2012. Maklumat sepenuhnya akan di update dari semasa ke semasa. sehingga berjumpa lagi. :)
Wednesday, 9 May 2012
Monday, 7 May 2012
Kata Alu-Aluan Pengarah
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah di muka bumi ini. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita untuk memakmurkan muka bumi ini harus diambil kira kerana manusialah makhluk sebaik-baik kejadian ciptaan Allah SWT.
Kita harus melahirkan seberapa ramai usahawan kerana ekonomi negara masih terus berkembang dan dalam keadaan sedemikian mampu menyediakan persekitaran yang kondusif untuk melahirkan peluang-peluang baru.
Perlaksanaan ini hendaklah dimulakan dari awal lagi dimana keprihatinan kerajaan dalam pembangunan sistem pendidikan anak bangsa tidak terhad dalam mempertingkatkan status sosio ekonomi Bumiputera dan juga orang Melayu.
Penubuhan Pusat Keusahawanan di setiap IPTA bermula tahun 2011 amat tepat sekali bagi para siswazah mempersiapkan diri dengan dengan ilmu-ilmu keusahawanan dan pendedahan dalam dunia perniagaan.
Oleh itu, hasrat melahirkan generasi ‘Ulul Albab’ melangkapkan generasi muda yang mahir dalam berbagai bidang serta menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup. Ini bermaksud generasi muda ini bukan sahaja insan yang pintar dan cemerlang tetapi seimbang dari aspek fizikal, mental dan kerohaniannya serta menpunyai jati diri yang kuat.
Usahawan yang menceburi bidang bisnes atau perniagaan akan dapat merasai nikmatnya pekerjaan ini disamping dianggap sebagi agen penjana ekonomi negara. Mereka bukan saja menyediakan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat setempat, malah menjadi penyumbang kepada kerancakan aliran wang tunai dalam pasaran yang boleh menbantu meningkatkan pembangunan ekonomi negara.
Dengan ini, komitmen semua pihak amatlah penting untuk melaksanakan usaha murni ini bagi menghasilkan teknokrat Bumiputera yang mempunyai satu kekuatan baru dalam menempuh cabaran dunia global tanpa sempadan.
Justeru itu, marilah kita bersama-sama membantu bakal-bakal usahawan ini membangunkan bisnes atau perniagaan mereka didalam bidang masing-masing kerana ianya merupakan pekerjaan atau pun sunnah Rasulullah SAW. Sejarah Islam juga memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menceburi bidang perniagaan sebelum baginda dilantik sebagai utusan Allah SWT. Malah beberapa orang sahabat Rasulullah menjadikan bidang ini sebagai sumber rezeki yang utama bagi menyara kehidupan mereka.
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang berjihad pada jalanNya dalam barisan yang teratur
seolah- olah mereka seperti satu binaan yang tersusun kukuh"
(As-Saf : Ayat 4)
“Wallahualam”
DR. FAKHRUL ANWAR ZAINOL
PENGARAH, PUSAT KEUSAHAWANAN
The Beginning
Assalamualaikum . Semua sihat? Hari ni dengan rasminya kami merasmikan blog tak rasmi (eh banyaknya perkataan RASMI) untuk Pusat Keusahawanan UniSZA. semua aktiviti dan maklumat akan di update di sini dan juga fanpage Pusat Keusahawanan UniSZA. Don't forget to support this blog OK :)
UniSZA's future consultant..all the best!!! |
Subscribe to:
Posts (Atom)