Profil


PENGENALAN
Pusat Keusahawanan (Centre for Entrepreneurship) ditubuhkan pada 1 Januari 2011 yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus selia pelaksanaan pembudayaan keusahawanan, perkembangan dan pengukuhan keusahawanan, mewujudkan mekanisme pengukuran, membantu menyediakan persekitaran dan ekosistem keusahawanan serta meningkatkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan. Pusat Keusahawanan juga dipertanggungjawapkan untuk menguruskan pentadbiran Taman Usahawan Muda Pelajar UniSZA (TUMPU).
Pusat Keusahawanan buat masa ini beroperasi dengan di ketuai seorang Pengarah dan melapor terus kepada Y.Bhg. Dato’ Prof. Naib Canselor, UniSZA dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan yang menguruskan hal ehwal pentadbiran pusat. Pusat Keusahawanan beroperasi sepenuhnya dibawah Pejabat Naib Canselor.
MISI
Menjadi entiti yang menjana pembangunan keusahawanan dan pemangkin pertumbuhan enterprais baru yang berdaya saing di peringkat global serta menyumbang kepada pembangunan lestari, komuniti dan negara.
 VISI
Mendukung hasrat UniSZA untuk melahirkan usahawan berjaya yang pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, mempunyai budaya tinggi dan akhlak yang luhur.
OBJEKTIF
  • Menyediakan ekosistem yang kondusif merangkumi suasana, infrastruktur dan sistem sokongan pendidikan keusahawanan yang holistik;
  • Melahirkan graduan usahawan melalui program-program yang inovatif dan berimpak tinggi; dan
  • Meluaskan akses pembelajaran dan pengajaran dalam bidang keusahawanan.


No comments:

Post a Comment