Wednesday, 25 July 2012

SESI PEMBENTANGAN AKHIR SME UNIVERSITY INTERNSHIP 2012



Pada 18 Julai 2012, Pusat Keusahawanan dengan kerjasama SME Corp. Malaysia telah mengadakan sesi pembentangan akhir SME University Internship 2012 yang bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), UniSZA. Pembentangan ini disertai oleh 4 kumpulan pelajar tahun akhir dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. 4 kumpulan ini telah membentangkan hasil kerja mereka sebagai konsultan selama 4 bulan di syarikat-syarikat terpillih. Kumpulan yang terlibat adalah FEU CONSULTANCY, G-SYNERGY CONSULTANCY, DYNAMIC SYNERGY, dan MAX AUTHENTIC CONSULTANCY. Keputusan akhir sesi pembentangan ini adalah seperti berikut:
Tempat Pertama:
DYNAMIC SYNERGY
Tempat Kedua:
FEU CONSULTANCY
Tempat Ketiga:
G-SYNERGY CONSULTANCY
Tempat Keempat:
MAX AUTHENTIC CONSULTANCY

Ucapan alu-aluan dari Pengarah Pusat Keusahawanan, Dr. Fakhrul Anwar Bin Zainol

Barisan juri-juri

Sesi Pembentangan

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang terlibat.