Wednesday, 27 February 2013

MAJLIS PELANCARAN PORTAL USAHAWAN DAN PENYERAHAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN


Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keusahawanan akan mengadakan Majlis Pelancaran Portal Usahawan UniSZA dan Penyerahan Sijil Pendaftaran Perniagaan,sebagaimana ketetapan berikut:


Tarikh                    :           16 Mac 2013 (Sabtu)

Masa                      :           10.00 pagi-1.00 tengahari

Tempat                  :           Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Terengganu

Bas Disediakan      :           9.30 pagi (bg pelajar yang menetap di asrama UniSZA Gong Badak)
                               :           8.30 pagi (bg pelajar yang menetap di asrama MAIDAM)

Kepada pelajar yang terlibat & dan telah mendaftarkan perniagaan melalui Pusat Keusahawanan UnisZA, anda akan dihubungi dalam masa terdekat untuk pengesahan kehadiran.


Harap Maklum,

Sekian Terima Kasih.

Cara-Cara Menjadi Usahawan Islam Yang Berjaya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

agak lama bukan Risya menghilangkan dirikan.. baiklah entry yang risya mahu sampaikan ialah cara-cara menjadi model usahawan islam berjaya

kenapa Risya pilih tajuk ini  sebab Risya tengok hari ini, ramai umat-umat islam yang menjadi peniaga, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menjadikan diri mereka seorang usahawan yang berjaya.

Risya nak kongsi dengan kamu semua, sebuah buku yang Risya baca dari pakar motivasi dan menjadi idola Risya sendiri iaitu Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

memang tidak dapat dinafikan, Kemahiran dan pengalaman amat mustahak bagi kejayaan sesuatu perniagaan.

tetapi dimana kamu perlu mendapatkan pengalaman?

antara langkah awal sebelum berniaga, kamu mestilah:

1. bekerja dengan orang lain terlebih dahulu

2. jangan curi tulang ketika bekerja

3. mulakan perniagaan secara kecil-kecilan

4. mengambil cuti 6 bulan tanpa gaji untuk menguji ketahanan diri.

5. mendapatkan banyak pengalaman.

6. modal yang cukup dalam masa 6 bulan yang pertama.

Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga telah memberitahu tentang TIPS memantapkan diri untuk berniaga.

1. berkawan rapat dengan usahawan yang telah berjaya

2. belajar daripada orng yang biasa atau pernah gagal dalam perniagaan.

3. selalu mengikuti kursus atau membaca buku

4. mencari modal

5. mendalami pengatahuan dalam bidang anda ceburi.

jika anda nekad , pastikan faktor-faktor ini yang menekadkan anda untuk menjadi ahli perniagaan..

*ingin bergelar usahawan

*membebaskan diri dari rutin harian

*ingin berubah angin

*ingin menjadi bos sendiri

*meningkatkan tarap hidup anda

*bosan dengan kerja dahulu

Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga memberikan petua untuk murah rezeki dalam perniagaan. perkara ini memang semua perniaga mahu kerana ianya dapat memberi keuntungan bagi menjamin perniagaan anda.

antara yang dapat risya simpulkan ialah.

--> patuh dengan suruhan Allah

--> bermunajat pada malam hari

--> mendoakan ibu bapa

--> menbaca Al-Quran

--> solat taubat

--> istigfar

--> solat sunat isyrak dan dhuha

--> bersedekah

--> bertawakal pada awak

--> membantu golongan miskin

--> memberi binatang makan

--> tunaikan haji @ umrah

--> senyum

--> dan paling penting berumah tangga jika BUJANG

anda juga mestilah ada kekuatan dan ketahanan diri. Maka, anda mestilah berfikir bolehkah anda  /div>

# adakah anda sedar bahawa menjalankan perniagaan sendiri memerlukan masa 12-16 jam? dan bekerja pada hari cuti AM dan ahad?

# adakah anda mempunyai stamina yang cukup?

# adakah anda mempunyai emosi yang cukup kuat?

# adakah keluarga anda sanggup turun padang jika anda ditimpa kesusahan?

# adalah anda sanggup dipandang rendah oleh kaum keluarga yang menilai anda telah kehilangan taring?

# adakah anda sedia untuk kehilangan wang simpanan?

jika YA , tahniah, anda memang telah bersedia untuk menjadi seorang usahawan. tetapi anda harus ingat,

anda perlu cekal dan tabah untuk menghadapi sebarang dugaan dan rintangan yang melanda.

okeylah, setakat ini sahaja, esok kalau ada masa, Risya sambung lagi yer.. =)

gudnite dan Asslamualaikum..
from my blog:
http://wwwfarisya.blogspot.com/2012/04/cara2-menjadi-model-usahawan-islam.html

Tuesday, 26 February 2013

Bandar inovatif i-Park

Bandar inovatif i-Park

Bandar inovatif i-Park

Bandar inovatif i-Park

USAHAWAN BERJAYA

Tip-Tip Usahawan

1..Aliran Tunai

*Yang paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya.

*Sediakan aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju.

2.Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan.

*Apabila memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan.

*Ramai orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda.

3..Fokus

*Fokus pada satu perniagaan yang anda usahakan dan jadikan diri anda pakar dan tahu apa yang anda niagakan untuk menaikkan jenama anda sendiri.

*Jangan tamak! Ia adalah satu sebab kenapa ramai usahawan yang kecundang kerana terlalu cepat fikir tentang keuntungan. Fikirkan keuntungan jangkamasa panjang.

4..Bina Networking

*Bina rangkaian network perniagaan anda sebelum anda memerlukannya. Hubungan dengan rakan-rakan perniagaan juga penting. Simpan rekod setiap orang yang anda jumpa.

*Minta nasihat, bantuan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Berkongsi idea dan pendapat dengan rakan perniagaan salah satu cara anda mengetahui lebih lagi tentang dunia perniagaan.

5..Percaya Pada Diri Sendiri

*Kepercayaan diri adalah perkara yang terbesar harus ada pada diri kita, dan ia adalah penting untuk berjaya. Kelilingi diri anda dengan usahawan serta orang-orang yang berilmu, berpegalaman dan pelajari tip-tip usahawan dari mereka.

*Sentiasa yakin dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Hasilnya, semua yang anda usahakan akan berbaloi.
Kepercayaan diri adalah jambatan antara impian dan impian itu akan menjadi kenyataan.