Tip-Tip Usahawan
1..Aliran Tunai
*Yang paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya.
*Sediakan aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju.
2.Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan.
*Apabila memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan.
*Ramai orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda.
3..Fokus
*Fokus pada satu perniagaan yang anda usahakan dan jadikan diri anda pakar dan tahu apa yang anda niagakan untuk menaikkan jenama anda sendiri.
*Jangan tamak! Ia adalah satu sebab kenapa ramai usahawan yang kecundang kerana terlalu cepat fikir tentang keuntungan. Fikirkan keuntungan jangkamasa panjang.
4..Bina Networking
*Bina rangkaian network perniagaan anda sebelum anda memerlukannya. Hubungan dengan rakan-rakan perniagaan juga penting. Simpan rekod setiap orang yang anda jumpa.
*Minta nasihat, bantuan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Berkongsi idea dan pendapat dengan rakan perniagaan salah satu cara anda mengetahui lebih lagi tentang dunia perniagaan.
5..Percaya Pada Diri Sendiri
*Kepercayaan diri adalah perkara yang terbesar harus ada pada diri kita, dan ia adalah penting untuk berjaya. Kelilingi diri anda dengan usahawan serta orang-orang yang berilmu, berpegalaman dan pelajari tip-tip usahawan dari mereka.
*Sentiasa yakin dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Hasilnya, semua yang anda usahakan akan berbaloi.
Kepercayaan diri adalah jambatan antara impian dan impian itu akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment